ﺍﻠﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻡ بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ........ Di HALAL & THOYYIBAH Shoppe Kami Sentiasa Menjadikan Anda, Pelanggan Yang Kami Hormati Sebahagian Daripada Keluarga Kami. Ini Kerana Matlamat dan Perjuangan Kita Sama, Iaitu Ingin Mencari Produk Yang Halal, Bersih dan Suci serta Mengembalikan Produk Halal Muslim Ke Pangkuan Ummah.......SALAM UKHWAHFILLAH -@"We Love Muslim Halal Products". Meraikan Ulang Tahun Pertama HALAL & THOYYIBAH Shoppe
What is HALAL & THOYYIBAH? HALAL (Permissible), THOYYIBAH (Wholesome; Healthy, Safe, Nutritious, Quality). 'We LOVE Muslim HALAL Products.'

Produk Terbaru 2013


 

Dapatkan produk semburan serai wangi 'Dennyo' di HALAL & THOYYIBAH Shoppe.

Dikenali dengan nama 'DenNyo Versatile' keluaran Citiez Marketing.

Penggabungan secara saintifik antara bahan asas Serai Wangi dan bahan kimia sampingan telah menghasilkan cecair serbaguna yang amat bermanfaat kepada pengguna. Ianya tidak mendatangkan kesan sampingan dan tidak membahayakan kesihatan dan sesuai digunakan pada bila-bila masa dan pelbagai keadaan.

Bertindak sebagai agen penghapus serangga dan kotoran dan juga sebagai haruman Aromaterapi.

Harga Pek Semburan (500ml) - RM 9.90
Harga Pati (500ml) - RM 9.50
Harga Pati (1L) - RM 15.90


 






"We LoVe Muslim Halal Products."


One Stop Centre for Muslim Halal Products

(Halal & Thoyyibah Shoppe
)
Pulau Sebang, Tampin.

Halal & Thoyyibah

 H & T Shoppe


Memetik surah al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud;  

Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Halal adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa maksud;  pertamanya segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak.

 FI Food Industries

Al-Jurjani dalam Kitab al-Ta’rifat menjelaskan bahawa pengertian halal dengan maksud pertama merujuk kepada keharusan menggunakan benda-benda atau apa-apa  yang diperlukan untuk memenuhi keperluan jasmani seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan. Manakala pengertian halal dengan maksud yang kedua adalah bersangkut paut dengan keharusan memanfaatkan, memakan, meminum dan mengerjakan sesuatu yang kesemuanya ditentukan berdasarkan nas.

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t menggunakan istilah halal dalam pelbagai keadaan ayat. Antara penggunaan tersebut ada yang menyentuh sudut muamalat, hal kekeluargaan dan perkahwinan, makanan dan rezeki dan seumpamanya.

Apa yang lebih menarik tentang konsep makanan dan rezeki  halal yang disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekorinya. Toyyib (atau toyyibahtoyyibat atau tuuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk. Jadi apabila disebut 'halalan toyyiban' ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.

Rangkaian Produk Halal Muslim


Secara mudah, arahan Allah s.w.t supaya kita makan bukan terhenti setakat memakan makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang lebih daripada itu. Justeru kita disuruh memakan makanan yang halal yang bersifat elok atau tinggi mutunya. Begitu juga dengan sumber rezeki yang kita usahakan bagi mendapatkan makanan halal. Ia sepatutnya terhasil daripada usaha yang halal lagi berkualiti. Penekanan terhadap unsur mutu usaha ini penting kerana rezeki yang diperolehi tadi tentunya lebih baik dan lebih diberkati oleh Allah s.w.t. berbanding rezeki yang dijana daripada kerja atau usaha yang bersifat ala kadar. Tambahan pula kita akan menggunakan rezeki tadi untuk memenuhi keperluan harian diri dan keluarga.



One Stop Centre for Muslim Halal Products


Keadaan ini juga terpakai untuk konsep 'Halal' dan 'Halalan Toyyiban' di mana ia juga merupakan satu konsep yang perlu dipatuhi oleh umat Islam secara menyeluruh. Dari pandangan hidup agama Islam, konsep ini boleh mendatangkan pelbagai kesan positif untuk semua aspek kehidupan manusia. Ini tidak terkecuali sektor ekonomi di mana kesan yang paling ketara dapat dilihat menerusi perkembangan pesat dalam industri makanan halal di serata dunia.

Tuntutan supaya rezeki yang diperolehi itu adalah rezeki yang halal ialah untuk memastikan keberkatan diperolehi dalam kehidupan. Jadi adalah menjadi tanggungjawab setiap orang dan masyarakat Muslim untuk memastikan tuntutan ini dipenuhi. Proses penyediaan makanan dan minuman halal yang bermula daripada penyediaan bahan mentah hinggalah ia terhidang di atas meja sepatutnya dilakukan oleh orang Islam itu sendiri.


Halalan Toyyiban

Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diletak dibahu penganut agama lain kerana mereka sudah tentu tidak mampu memahami kepentingan konsep halalan toyyiban secara sempurna. Jika mereka memahaminya sekalipun, dorongan mereka hanyalah kerana daya keuntungan yang bersifat keduniaan yang ada pada konsep tersebut yang diraih menerusi saiz pasaran dan permintaan daripada pengguna  Islam di seluruh dunia.
Fakta inilah juga yang menjelaskan kenapa pengeluar-pengeluar bukan Muslim di negara kita menguasai sebahagian besar pasaran makanan halal negara. Ini adalah suatu paradoks kerana mengikut unjuran Unit Perancang Ekonomi, jumlah penduduk Malaysia pada 2008 (termasuk bukan warganegara) berjumlah 27.9 juta orang dengan 13.66 juta adalah penduduk Melayu. Apa yang pelik ialah hanya lebih kurang 15% sahaja pasaran makanan halal dikuasai oleh pengusaha Muslim.


Kordial Habbatus Sauda

Justeru, penguasaan pasaran produk makanan halal yang dipelopori oleh golongan bukan Islam telah melenyapkan konsep 'toyyiba'. Konsep toyyiba bukan terhenti sekadar bahan makanan yang bermutu, tetapi etika penyediaan dan cara memasak memainkan peranan penting bagi mencapai konsep toyyiba. Sebagai contoh, makanan atau bahan tersebut hendaklah dibersihkan dengan air mutlak dan diiringi selawat atau basmalah, bagi pekerja wanita yang didatangi haid hendaklah mengenakan sarung tangan ketika menyediakan makanan tersebut kecuali jika menyediakan makanan untuk keluarganya. Sudah tentu, etika toyyiba tidak akan dikuatkuasakan oleh pengusaha yang tidak beragama Islam. 


Proses penyediaan makanan 'halalan toyyiban' juga mempengaruhi penikmat hidangan tersebut, lantaran makanan akan diurai menjadi darah dan daging. Sedarkah kita, mengapa sikap dan peri laku anak-anak sekarang sukar dikawal dan membimbangkan. Kebejatan moral juga dipengaruhi oleh jenis makanan yang diambil. Lantaran itu, etika 'toyyiban' perlu diaplikasikan dalam penyedian makanan harian. Apa lagi ketika memasak dibacakan zikir-zikir dan mendoakan agar makanan tersebut memberi zat dan kebaikan kepada tubuh untuk beribadah kepada Allah, menghadiri majlis ilmu dan bekerja mencari rezeki yang halal. 





Kata-Kata Untuk Direnung Sejenak:

Saudaraku sekalian,


Jika kamu melihat orang kafir, maka bersyukurlah kepada Allah kerana kamu masih berada dalam Islam. Jika kamu melihat orang yang suka membuat dosa, maka bersyukurlah kepada Allah kerana kamu masih berada dalam taqwa. Jika kamu melihat orang yang sungguh cerdik, maka bersyukurlah kepada Allah kerana kamu masih memiliki ilmu. Dan jika melihat orang yang mendapat bencana, maka bersyukurlah kepada Allah kerana kamu terhindar daripadanya. Maka bersyukurlah atas segala-galanya.......



"We LoVe Muslim Halal Products."



One Stop Centre for Muslim Halal Products

(Halal & Thoyyibah Shoppe
)
Pulau Sebang, Tampin.

Membeli Sambil Membantu - Ulangtahun Pertama HALAL & THOYYIBAH Shoppe™










































 



السلام عليكم


Alhamdulillah syukur pada Ilahi, November 2011 genap setahun penubuhan HALAL & THOYYIBAH Shoppe, di Pulau Sebang, Tampin, Melaka. Terima kasih atas segala sokongan, dorongan, nasihat, kritikan, doa dan perhatian anda wahai sang pencinta produk muslim! Moga usaha ini mampu memupuk penyatuan dan sikap sayangkan ummah serta mengembalikan sinar kegemilangan dalam lingkup ekonomi ummah sejagat.

Sempena menyambut ulangtahun pertama penubuhan HALAL & THOYYIBAH Shoppe, kami berbesar hati untuk bekerjasama mempromosikan Produk Teh Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus Tea) dan Teh Mas Cotek (Ficus Deltoidea Tea) yang didatangkan dalam bentuk uncang di dalam kotak.

 

Produk istimewa ini merupakan hasil keluaran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (Community-Based Rehabilitation Centre) PDK Rembau di bawah kelolaan Pejabat Kebajikan Daerah Rembau yang terdiri daripada pelbagai peringkat orang kelainan upaya (OKU). Di sini mereka dilatih dengan pelbagai jenis kemahiran agar tidak terlepas daripada arus kehidupan semasa.

Dengan membeli produk Teh Misai Kucing dan Teh Mas Cotek ini, diharap sedikit sebanyak dapat membantu warga OKU di PDK Rembau dalam menjalani kehidupan seperti insan yang lain. Harga yang ditawarkan bagi produk Teh Misai Kucing (2gm x 20 tea bag) ialah sebanyak RM 14.00 sekotak, manakala bagi produk Teh Mas Cotek (2gm x 10 tea bag) ialah sebanyak RM 10.00 sekotak.

Berikut adalah keterangan produk tersebut:

TEH MISAI KUCING



Bahan-bahan yang digunakan: (Teh Misai Kucing)
Dihasilkan daripada 100% dahan, daun dan bunga Misai Kucing terpilih dengan adunan tradisional asli bagi mengekalkan kualiti dan rasa misai kucing sebenar. Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna dan bahan campuran lain.


Khasiat: (Teh Misai Kucing)
Misai Kucing dalam amalan tradisional sering dikaitkan dengan kecantikan, kesihatan dan diamalkan bagi tujuan merawat penyakit seperti:
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Radang ginjal / pundi kencing
  • Batu karang
  • Kencing tak lawas
  • Keputihan dan senggugut
  • Gadang sendi
  • Melambatkan proses monopous
  • Memulih tenaga batin
  • Lenguh sendi, sakit pinggang / belakang
  • Gout
Penyediaan: (Teh Misai Kucing)
Rendamkan 1 uncang teh misai kucing ke dalam 1 gelas air panas. Biarkan selama 5 minit. Boleh diminum ketika panas, suam dan sejuk. Elok diminum selepas sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.

"Segala Penyakit Bermula Dari Usus dan Segala Penyakit Ada Penawar Melainkan Usia Tua dan Ajal."



TEH MAS COTEK





















Bahan-bahan yang digunakan: (Teh Mas Cotek)
Dihasilkan daripada 100% dahan, daun dan buah mas cotek terpilih dengan adunan tradisional asli bagi mengekalkan kualiti dan rasa mas cotek sebenar. Tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna dan bahan campuran lain.




Khasiat: (Teh Mas Cotek)
Raja segala herba dan penawar segala penyakit. Mas Cotek sering dikaitkan dengan kecantikan, kesihatan dan amalan tradisional bagi tujuan merawat penyakit seperti:
  • Mengeluarkan toksin dalam badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Melegakan sakit urat saraf & sendi
  • Mengurangkan kencing manis dan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan kolestrol dan lemak
  • Migrain, gout dan senggugut
  • Mengecut saluran peranakan
  • Melambatkan proses monopous
  • Memulihkan tenaga batin
  • Melegakan sakit pinggang, keletihan dan masalah tidur
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  • Melicinkan / mencantikan kulit
Penyediaan: (Teh Mas Cotek)
Rendamkan 1 uncang teh mas cotek ke dalam 1 - 1.5 liter air panas. Biarkan selama 5 minit. Boleh diminum ketika panas, suam dan sejuk. Elok diminum selepas sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Tidak sesuai bagi wanita mengandung.


Kata-Kata Untuk Direnung Sejenak:

Saudaraku sekalian,
Umat Islam adalah bersaudara kerana Islam adalah agama persaudaraan. Di atas dasar persaudaraan sesama Islam itu maka adalah tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Seandainya mereka menderita sakit, maka penderitaan itu turut sama kita rasai dan kita juga akan turut berdukacita dengan apa yang mereka alami.




"We LoVe Muslim Halal Products."



One Stop Centre for Muslim Halal Products

(Halal & Thoyyibah Shoppe
)
Pulau Sebang, Tampin.

>>Punca kepada kemuliaan hati adalah dengan makan makanan yang datang daripada sumber yang halal. Makanan adalah benih kepada perbuatan, apabila makan makanan daripada sumber yang halal akan lahirlah perbuatan yang mulia, dan apabila makan makanan yang berpunca daripada sumber yang haram, maka lahirlah perbuatan yang tercela.>>>

SERUAN DARIPADA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

Cabaran untuk memilih produk Halal pada ketika ini semakin sukar kerana Halal merangkumi semua aspek sama ada dari segi Urusan Perniagaan, Produk & Saluran Kewangan serta lain-lainnya.

Di PPIM, kami merayu dan menggesa seluruh umat Islam untuk sama-sama berjuang bagi memilih produk yang Halal & membantu ekonomi kita sesama Islam.

Kami tidak menggalakkan para pengguna untuk menggunakan produk-produk yang mempunyai antara kriteria berikut:

- Tiada logo Halal JAKIM @ Majlis Agama Islam Negeri
- Tidak menghormati sensitiviti umat islam
- Bukan Buatan Malaysia
- Bukan Keluaran Syarikat Bumiputera Islam
- Menyalurkan sumbangan kepada yahudi
- Sijil Halal palsu / Tidak diiktiraf / Swasta
- Menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam
- Barangan Paralel Import (Tidak Halal) dicampur dengan Barangan Halal dimana ia akan menyebabkan umat Islam tertipu.
Surah 5 : Al-Maa'idah Juz.7 : Ayat 88 : "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang Halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman."...

HALAL & THOYYIBAH™ Shoppe Maps