ﺍﻠﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻡ بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ........ Di HALAL & THOYYIBAH Shoppe Kami Sentiasa Menjadikan Anda, Pelanggan Yang Kami Hormati Sebahagian Daripada Keluarga Kami. Ini Kerana Matlamat dan Perjuangan Kita Sama, Iaitu Ingin Mencari Produk Yang Halal, Bersih dan Suci serta Mengembalikan Produk Halal Muslim Ke Pangkuan Ummah.......SALAM UKHWAHFILLAH -@"We Love Muslim Halal Products". Meraikan Ulang Tahun Pertama HALAL & THOYYIBAH Shoppe
What is HALAL & THOYYIBAH? HALAL (Permissible), THOYYIBAH (Wholesome; Healthy, Safe, Nutritious, Quality). 'We LOVE Muslim HALAL Products.'

Halal Mart Akan Dibuka di Pulau Sebang,Tampin.




*Lokasi Premis Perniagaan : Bangunan MARA Pulau Sebang
Berhadapan Perhentian Bas & Teksi Pulau Sebang/Tampin



Salam...

Untuk makluman kedai konsep Halal Mart (HALAL & THOYYIBAH Shoppe) bakal dibuka di No.5853, Bangunan MARA, Jalan Perhentian Bas Pulau Sebang/Tampin, 73000 Tampin, Melaka. Dimiliki sepenuhnya oleh syarikat usahawan muslim Fahmi Ibrahim Food Industries (MA 0144143-V).

Dengan berbekalkan semangat dan iltizam bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada komuniti masyarakat di sekitar Daerah Tampin (N.Sembilan) dan Daerah Alor Gajah (Melaka) untuk mendapatkan rangkaian produk bermutu keluaran muslim yang diyakini halal, suci lagi bersih, HALAL & THOYYIBAH Shoppe cuba mengorak langkah memulakan perjuangan untuk memartabatkan produk muslim di dalam kelasnya yang tersendiri dengan cara mengumpulkannya di bawah satu bumbung bagi memudahkan para pengguna menyokong dan mendapatkan produk muslim. Daripada kajian pemasaran yang telah dijalankan oleh pengusaha HALAL & THOYYIBAH Shoppe sendiri, pasaran di Tampin agak luas di mana ramai dari kalangan penduduk khususnya di sekitar Pulau Sebang, Tampin, Gemas, Kuala Pilah, Rembau, Masjid Tanah, Alor Gajah turut berbelanja di sini. Ini disebabkan kedudukan geografinya yang agak unik, bersempadan dengan dua buah negeri iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Pentadbiran PBT pula bersempadan antara Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Daerah Tampin (MDT).


*Sempadan antara Pulau Sebang (Melaka) dan Tampin (N.Sembilan)


Sebagai pengguna anda berhak untuk mendapatkan nilai bagi setiap pembelian dan wang ringgit yang telah anda belanjakan. Untuk itu, HALAL & THOYYIBAH Shoppe menjalankan tanggungjawab Fardhu Kifayah dengan menjadi pusat sehenti dan jualan bagi produk & barangan halalan thoyyiban dan secara tidak langsung juga dapat membantu para usahawan muslim memasarkan produk-produk Halal. Perjuangan ini merupakan satu jihad bisnes dengan niat untuk memakmurkan ekonomi ummah sejagat.



*Produk keluaran NEKMAT (National Fisherman's Association of Malaysia)
antara produk yang akan dipasarkan di HALAL & THOYYIBAH Shoppe



Sokongan anda amat diperlukan bagi menjamin kelangsungan perjuangan meletakkan produk muslim di kelasnya yang tersendiri. Sayangi produk muslim. Kekalkan rantaian perniagaan muslim bagi meningkatkan ekonomi ummah. Mencari yang Halal adalah satu kewajipan bagi setiap muslim.



"We LoVe Muslim Halal Products."



Halal Mart - FI Food Industries

(Halal & Thoyyibah Shoppe
)

0 Response to "Halal Mart Akan Dibuka di Pulau Sebang,Tampin."

>>Punca kepada kemuliaan hati adalah dengan makan makanan yang datang daripada sumber yang halal. Makanan adalah benih kepada perbuatan, apabila makan makanan daripada sumber yang halal akan lahirlah perbuatan yang mulia, dan apabila makan makanan yang berpunca daripada sumber yang haram, maka lahirlah perbuatan yang tercela.>>>

SERUAN DARIPADA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

Cabaran untuk memilih produk Halal pada ketika ini semakin sukar kerana Halal merangkumi semua aspek sama ada dari segi Urusan Perniagaan, Produk & Saluran Kewangan serta lain-lainnya.

Di PPIM, kami merayu dan menggesa seluruh umat Islam untuk sama-sama berjuang bagi memilih produk yang Halal & membantu ekonomi kita sesama Islam.

Kami tidak menggalakkan para pengguna untuk menggunakan produk-produk yang mempunyai antara kriteria berikut:

- Tiada logo Halal JAKIM @ Majlis Agama Islam Negeri
- Tidak menghormati sensitiviti umat islam
- Bukan Buatan Malaysia
- Bukan Keluaran Syarikat Bumiputera Islam
- Menyalurkan sumbangan kepada yahudi
- Sijil Halal palsu / Tidak diiktiraf / Swasta
- Menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam
- Barangan Paralel Import (Tidak Halal) dicampur dengan Barangan Halal dimana ia akan menyebabkan umat Islam tertipu.
Surah 5 : Al-Maa'idah Juz.7 : Ayat 88 : "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang Halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman."...

HALAL & THOYYIBAH™ Shoppe Maps