ﺍﻠﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻡ بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ........ Di HALAL & THOYYIBAH Shoppe Kami Sentiasa Menjadikan Anda, Pelanggan Yang Kami Hormati Sebahagian Daripada Keluarga Kami. Ini Kerana Matlamat dan Perjuangan Kita Sama, Iaitu Ingin Mencari Produk Yang Halal, Bersih dan Suci serta Mengembalikan Produk Halal Muslim Ke Pangkuan Ummah.......SALAM UKHWAHFILLAH -@"We Love Muslim Halal Products". Meraikan Ulang Tahun Pertama HALAL & THOYYIBAH Shoppe
What is HALAL & THOYYIBAH? HALAL (Permissible), THOYYIBAH (Wholesome; Healthy, Safe, Nutritious, Quality). 'We LOVE Muslim HALAL Products.'

Makanan Yang Halal Dapat Menyempurnakan Ibadat

Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

PEMBONGKARAN media massa mengenai penipuan penggunaan logo halal dan betapa bahan makanan haram dijual sebagai Halal di pasaran di negara ini, dari semasa ke semasa membuktikan masalah ini bukan isu baru.

Isu halal haram ini berkisar kepada tiga perkara asas iaitu :

  1. Sikap pengguna beragama Islam terhadap nilai halal haram makanan yang dibeli.
  2. Sikap penjual sama ada mereka menghormati pantang larang orang Islam
  3. Penguatkuasaan dari segi tindakan dan undang-undang, sama ada mencukupi untuk membendung perbuatan menipu logo halal.

Ramai kalangan kita yang suka memilih makanan kegemaran mengikut kemampuan, keinginan dan selera masing-masing. Ada hanya melihat kelazatan dan khasiat yang akan diperoleh tanpa meneliti sejauh mana ia sesuai untuk dimakan, terutama dari segi kebersihan dan kehalalannya menurut syariat agama.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.

(Hadis riwayat Muslim)

Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan aspek kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.

(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Islam begitu menitikberatkan soal kesihatan umatnya. Seseorang insan mukmin yang sentiasa prihatin soal kebersihan dan kesucian makanan setiap hari, maka pasti akan lahir nur keimanan dalam dirinya untuk turut sama menjaga kebersihan diri secara keseluruhannya termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan dan sebagainya.

Dalam ibadat asas iaitu solat, aspek terpenting ditekankan ialah perihal kebersihan diri. Allah SWT tidak akan menerima solat hambanya yang beribadat dalam keadaan kotor dan hina.

Ia sesuai dengan maksud hadis Rasulullah:

Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.

(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Surah al-Nahl, ayat 114-115)

Makanan yang haram, sama ada ia daripada bahan yang dicampur najis dan benda syubhah atau daripada punca yang tidak halal dan syubhah, maka pasti akan datang tiga bahaya besar kepada si pemakannya.

  • Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa seseorang sehingga dia berasa lebih gemar melakukan kejahatan dan maksiat serta bencikan kerja kebajikan atau ketaatan.
  • Kedua, sebarang doanya tidak akan dimakbulkan Allah
  • Ketiga, ia akan menyebabkan dia mendapat keseksaan neraka Allah di hari akhirat kelak.

Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya sebagaimana disarankan oleh Islam. Makanan seimbang umpamanya akan dapat menghindarkan diri seseorang itu dari dihidapi penyakit.

Rasulullah SAW menyarankan supaya perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Bertepatan dengan metod ilmu Sains dan Kesihatan, itulah sebenarnya yang sesuai dan perlu diamalkan setiap manusia.

Jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah SAW itu, sudah pasti kita bukan saja akan dapat merasa nikmat kenyang, tetapi juga hidup akan mendapat rahmat dan keredaan Allah.

Dari aspek adab pemilihan makanan pula, insan mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka, dari tin sudah berkarat dan makanan yang telah layu.

Islam dan ilmu kesihatan begitu intim. Sejak dilahirkan, bayi diberi susu ibunya yang terjamin kebersihan dan sucinya dari segi syariat. Susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang antara ibu dan anaknya.

Selain adab makan dan memilih makanan, Islam turut melarang berlebih-lebihan dalam mengambil apa juga jenis makanan dan minuman.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang dipenuhi dan ketat dengan makanan yang halal.

Banyak jenis penyakit bermula daripada salah memilih makanan termasuk makan secara melampaui batasan.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.

Allah SWT murka kepada hambanya yang suka melampau batasan termasuklah dalam soal pemilihan, adab dan cara makan. Balasannya, Allah akan menurunkan pelbagai jenis wabak penyakit, sama ada ia menyerang manusia secara keseluruhan atau individu tertentu yang mana puncanya adalah kelalaian dan kealpaan menikmati kurniaan Allah SWT.





"We LoVe Muslim Halal Products."


Halal Mart - FI Food Industries

(Halal & Thoyyibah Shoppe
)

0 Response to "Makanan Yang Halal Dapat Menyempurnakan Ibadat"

>>Punca kepada kemuliaan hati adalah dengan makan makanan yang datang daripada sumber yang halal. Makanan adalah benih kepada perbuatan, apabila makan makanan daripada sumber yang halal akan lahirlah perbuatan yang mulia, dan apabila makan makanan yang berpunca daripada sumber yang haram, maka lahirlah perbuatan yang tercela.>>>

SERUAN DARIPADA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

Cabaran untuk memilih produk Halal pada ketika ini semakin sukar kerana Halal merangkumi semua aspek sama ada dari segi Urusan Perniagaan, Produk & Saluran Kewangan serta lain-lainnya.

Di PPIM, kami merayu dan menggesa seluruh umat Islam untuk sama-sama berjuang bagi memilih produk yang Halal & membantu ekonomi kita sesama Islam.

Kami tidak menggalakkan para pengguna untuk menggunakan produk-produk yang mempunyai antara kriteria berikut:

- Tiada logo Halal JAKIM @ Majlis Agama Islam Negeri
- Tidak menghormati sensitiviti umat islam
- Bukan Buatan Malaysia
- Bukan Keluaran Syarikat Bumiputera Islam
- Menyalurkan sumbangan kepada yahudi
- Sijil Halal palsu / Tidak diiktiraf / Swasta
- Menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam
- Barangan Paralel Import (Tidak Halal) dicampur dengan Barangan Halal dimana ia akan menyebabkan umat Islam tertipu.
Surah 5 : Al-Maa'idah Juz.7 : Ayat 88 : "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang Halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman."...

HALAL & THOYYIBAH™ Shoppe Maps