ﺍﻠﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻡ بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ........ Di HALAL & THOYYIBAH Shoppe Kami Sentiasa Menjadikan Anda, Pelanggan Yang Kami Hormati Sebahagian Daripada Keluarga Kami. Ini Kerana Matlamat dan Perjuangan Kita Sama, Iaitu Ingin Mencari Produk Yang Halal, Bersih dan Suci serta Mengembalikan Produk Halal Muslim Ke Pangkuan Ummah.......SALAM UKHWAHFILLAH -@"We Love Muslim Halal Products". Meraikan Ulang Tahun Pertama HALAL & THOYYIBAH Shoppe
What is HALAL & THOYYIBAH? HALAL (Permissible), THOYYIBAH (Wholesome; Healthy, Safe, Nutritious, Quality). 'We LOVE Muslim HALAL Products.'

Boikot Israel !!






"Sahabat yang dimuliakan.

Diwaktu ini, umat islam diseluruh dunia terlalu lemah, dan hanya mampu melihat perlakuan biadap musuh-musuh Allah ini. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa & bermunajat kepadaNYA supaya mereka dihancurkan sebagaimana hancurnya tentera bergajah Abrahah."



Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel terhadap misi kemanusian
Lifeline 4 Gaza (LL4G).
Mengapa mereka (Israel) terlalu angkuh tanpa mempedulikan langsung bantahan masyarakat antarabangsa? Ini kerana walaupun terdapat bantahan daripada penduduk dunia khususnya negara-negara Islam, kita masih lagi bergantung kepada barangan dan produk mereka yang diakui sedikit sebanyak memberikan dana bagi memperjuangkan tuntutan Israel untuk menghuni keseluruhan bumi Palestine. Akibatnya banyak nyawa insan yang tidak berdosa terkorban di bumi Gaza. Umat islam diperkotak-katikkan.......Tetapi sampai bila harus kita begini?


- KANAK-KANAK TIDAK BERDOSA MENJADI MANGSA KEKEJAMAN ISRAEL -




- ANTARA KEKEJAMAN ZIONIS ISRAEL LAKNATULLAH -



- UMAT ISLAM SUDAH MEMPUNYAI PILIHAN LAIN, 'SAY NO TO COKE' -





- GUNAKAN LAH 'BUYING POWER' ANDA DENGAN SEBAIK MUNGKIN -



Bertindak sebelum terlambat. Jangan biarkan bumi Palestine menangisi kelekaan kita yang terus menerus membeli produk-produk yang menyokong perjuangan Zionis Israel. Anda berhak menentukan pilihan anda. Lakukannya dengan hati yang jujur dan ikhlas, InsyaALLAH anda akan menemui jawapan yang sebenar. Semoga Tuhan Merahmati Usaha Kita Semua.
"Salam Perjuangan".






"We LoVe Muslim Halal Products."



Halal Mart - FI Food Industries

(Halal & Thoyyibah Shoppe
)

0 Response to "Boikot Israel !!"

>>Punca kepada kemuliaan hati adalah dengan makan makanan yang datang daripada sumber yang halal. Makanan adalah benih kepada perbuatan, apabila makan makanan daripada sumber yang halal akan lahirlah perbuatan yang mulia, dan apabila makan makanan yang berpunca daripada sumber yang haram, maka lahirlah perbuatan yang tercela.>>>

SERUAN DARIPADA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

Cabaran untuk memilih produk Halal pada ketika ini semakin sukar kerana Halal merangkumi semua aspek sama ada dari segi Urusan Perniagaan, Produk & Saluran Kewangan serta lain-lainnya.

Di PPIM, kami merayu dan menggesa seluruh umat Islam untuk sama-sama berjuang bagi memilih produk yang Halal & membantu ekonomi kita sesama Islam.

Kami tidak menggalakkan para pengguna untuk menggunakan produk-produk yang mempunyai antara kriteria berikut:

- Tiada logo Halal JAKIM @ Majlis Agama Islam Negeri
- Tidak menghormati sensitiviti umat islam
- Bukan Buatan Malaysia
- Bukan Keluaran Syarikat Bumiputera Islam
- Menyalurkan sumbangan kepada yahudi
- Sijil Halal palsu / Tidak diiktiraf / Swasta
- Menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam
- Barangan Paralel Import (Tidak Halal) dicampur dengan Barangan Halal dimana ia akan menyebabkan umat Islam tertipu.
Surah 5 : Al-Maa'idah Juz.7 : Ayat 88 : "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang Halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman."...

HALAL & THOYYIBAH™ Shoppe Maps