ﺍﻠﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻡ بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ........ Di HALAL & THOYYIBAH Shoppe Kami Sentiasa Menjadikan Anda, Pelanggan Yang Kami Hormati Sebahagian Daripada Keluarga Kami. Ini Kerana Matlamat dan Perjuangan Kita Sama, Iaitu Ingin Mencari Produk Yang Halal, Bersih dan Suci serta Mengembalikan Produk Halal Muslim Ke Pangkuan Ummah.......SALAM UKHWAHFILLAH -@"We Love Muslim Halal Products". Meraikan Ulang Tahun Pertama HALAL & THOYYIBAH Shoppe
What is HALAL & THOYYIBAH? HALAL (Permissible), THOYYIBAH (Wholesome; Healthy, Safe, Nutritious, Quality). 'We LOVE Muslim HALAL Products.'

Marhaban Ya Ramadan





RAMADAN adalah penghulu segala bulan. Dalam Ramadan diturunkan al-Quran. Ia adalah bulan beribadah, keampunan, rahmat dan bulan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

RAMADAN juga bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,
Tidur kita menjadi ibadah,
Amal kita diterima dan do’a kita di ijabah.


Allah berfirman bermaksud :

Wahai orang yang beriman!, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

(Surah al-Baqarah, ayat:183)

Mengambil keberkatan di dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Halal & Thoyyibah Shoppe (One Stop Centre for Muslim Products) ingin mengucapkan "Selamat Menunaikan Ibadat Puasa" kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh negara.

InsyaALLAH, jika tiada aral melintang, Halal & Thoyyibah Shoppe™ bakal menemui pelanggan di N0.5853, Bangunan MARA, Jalan Perhentian Bas Pulau Sebang, 73000 Tampin, Melaka dalam penghujung bulan Ramadhan ini. Kami di dalam proses akhir mendapatkan pinjaman berlandaskan syariah serta khidmat nasihat perniagaan daripada pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) serta menandatangani perjanjian sewa premis daripada pihak MARA.

Semoga usaha dan perjuangan ini diberkati ALLAH S.W.T




TERKINI:
Alhamdulillah, HALAL & THOYYIBAH Shoppe telah menerima kunci lot premis perniagaan daripada pihak MARA dan pembiayaan perniagaan daripada PUNB. Kerja pengubahsuaian akan dilakukan selepas hari raya aidilfitri, dan seterusnya akan membuka perniagaan setelah semuanya selesai.
Pihak kami juga akan membuat permohonan kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Melaka di bawah Unit Penyelidikan Halal JAIM bagi membolehkan HALAL & THOYYIBAH Shoppe secara keseluruhannya mendapat pensijilan halal untuk perniagaan ini.

Salam Lebaran 1431H. Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir & Batin.





"We LoVe Muslim Halal Products."




Halal Mart - FI Food Industries

(Halal & Thoyyibah Shoppe
)

0 Response to "Marhaban Ya Ramadan"

>>Punca kepada kemuliaan hati adalah dengan makan makanan yang datang daripada sumber yang halal. Makanan adalah benih kepada perbuatan, apabila makan makanan daripada sumber yang halal akan lahirlah perbuatan yang mulia, dan apabila makan makanan yang berpunca daripada sumber yang haram, maka lahirlah perbuatan yang tercela.>>>

SERUAN DARIPADA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

Cabaran untuk memilih produk Halal pada ketika ini semakin sukar kerana Halal merangkumi semua aspek sama ada dari segi Urusan Perniagaan, Produk & Saluran Kewangan serta lain-lainnya.

Di PPIM, kami merayu dan menggesa seluruh umat Islam untuk sama-sama berjuang bagi memilih produk yang Halal & membantu ekonomi kita sesama Islam.

Kami tidak menggalakkan para pengguna untuk menggunakan produk-produk yang mempunyai antara kriteria berikut:

- Tiada logo Halal JAKIM @ Majlis Agama Islam Negeri
- Tidak menghormati sensitiviti umat islam
- Bukan Buatan Malaysia
- Bukan Keluaran Syarikat Bumiputera Islam
- Menyalurkan sumbangan kepada yahudi
- Sijil Halal palsu / Tidak diiktiraf / Swasta
- Menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam
- Barangan Paralel Import (Tidak Halal) dicampur dengan Barangan Halal dimana ia akan menyebabkan umat Islam tertipu.
Surah 5 : Al-Maa'idah Juz.7 : Ayat 88 : "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang Halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman."...

HALAL & THOYYIBAH™ Shoppe Maps