ﺍﻠﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻡ بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ........ Di HALAL & THOYYIBAH Shoppe Kami Sentiasa Menjadikan Anda, Pelanggan Yang Kami Hormati Sebahagian Daripada Keluarga Kami. Ini Kerana Matlamat dan Perjuangan Kita Sama, Iaitu Ingin Mencari Produk Yang Halal, Bersih dan Suci serta Mengembalikan Produk Halal Muslim Ke Pangkuan Ummah.......SALAM UKHWAHFILLAH -@"We Love Muslim Halal Products". Meraikan Ulang Tahun Pertama HALAL & THOYYIBAH Shoppe
What is HALAL & THOYYIBAH? HALAL (Permissible), THOYYIBAH (Wholesome; Healthy, Safe, Nutritious, Quality). 'We LOVE Muslim HALAL Products.'

Produk Halal


HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Namun penggunaan istilah HALAL paling kerap digunakan pada makanan dan minuman.

Mengguna atau menikmati makanan dan barangan HALAL adalah tuntutan Allah ke atas manusia terutama kaum muslimin.

Allah berfirman di dalam al-Quran;

“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”.

(al-Baqarah: 168)


“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”.

(al-Maidah: 88)


Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;

“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.

(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).

“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.

(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)

Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah. Begitu juga, memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.

Dengan kesedaran mengeluar dan memperniagakan barang-barang HALAL, umat Islam akan berupaya mewujudkan pasaran bersekutu sesama mereka yang menawarkan produk makanan dan barangan yang benar-benar bersih dan suci mengikut nilaian Islam iaitu produk makanan dan barang
an HALAL.


dipetik daripada: Laman Ilmu dan Ulamak




"We LoVe Muslim Halal Products."



Halal Mart - FI Food Industries

(Halal & Thoyyibah Shoppe
)

0 Response to "Produk Halal"

>>Punca kepada kemuliaan hati adalah dengan makan makanan yang datang daripada sumber yang halal. Makanan adalah benih kepada perbuatan, apabila makan makanan daripada sumber yang halal akan lahirlah perbuatan yang mulia, dan apabila makan makanan yang berpunca daripada sumber yang haram, maka lahirlah perbuatan yang tercela.>>>

SERUAN DARIPADA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

Cabaran untuk memilih produk Halal pada ketika ini semakin sukar kerana Halal merangkumi semua aspek sama ada dari segi Urusan Perniagaan, Produk & Saluran Kewangan serta lain-lainnya.

Di PPIM, kami merayu dan menggesa seluruh umat Islam untuk sama-sama berjuang bagi memilih produk yang Halal & membantu ekonomi kita sesama Islam.

Kami tidak menggalakkan para pengguna untuk menggunakan produk-produk yang mempunyai antara kriteria berikut:

- Tiada logo Halal JAKIM @ Majlis Agama Islam Negeri
- Tidak menghormati sensitiviti umat islam
- Bukan Buatan Malaysia
- Bukan Keluaran Syarikat Bumiputera Islam
- Menyalurkan sumbangan kepada yahudi
- Sijil Halal palsu / Tidak diiktiraf / Swasta
- Menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam
- Barangan Paralel Import (Tidak Halal) dicampur dengan Barangan Halal dimana ia akan menyebabkan umat Islam tertipu.
Surah 5 : Al-Maa'idah Juz.7 : Ayat 88 : "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang Halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman."...

HALAL & THOYYIBAH™ Shoppe Maps